Sunday, February 11, 2007

HARI IBU


Menyambut hari tertentu bagi menzahirkan tanda ingatan dan kasihsayang pada seseorang sudah menjadi budaya bagi masyarakat di negara kita.Begitu juga dengan Hari Ibu yang disambut pada bulan Mei saban tahun.Kehidupan dan kemewahan hidup yang dikecapi dibumi bertuah ini membuatkan perayaan ini disambut dengan lebih meriah serta pelbagai cara.Memberi kad ucapan dengan hadiah berharga,makan seisi keluarga direstoran atau hotel mewah.Membawa ibu pergi melancung dan mengadakan kenduri doa selamat,juga merupakan cara mereka menghargai dan mempamerkan rasa syukur anak cucu.Menyedari akan suasana ini membuatkan premis perniagaan dan restoran- restoran dibandar besar maupun hotel mewah menawarkan harga rendah dan pakej potongan harga untuk hadiah atau makan bersama ibu di premis perniagaan dan penginapan mereka.
Namun begitu adakah sekadar itu dan setahun sekali saja kita merai dan memuliakan ibu kita?Seribu satu kisah dari dahulu hingga kini boleh kita jadikan teladan umpamanya kisah si Malim Kundang ,Kisah Batu Belah Bertangkup yang menjadi mitos dan bahan cerita orang tua-tua dahulu kala.Dizaman Rasulullah s.a.w berlaku dimana seorang sahabat Jahimah ingin turut rasulullah pergi berperang, dalam masa yang sama beliau harus menjaga ibu yang sedang sakit.Rasulullah menasihati beliau agar terus menjaga ibu beliaudan dikecualikan dari berperang.MasyaAllah! betapa mulianya berjihad dijalan Allah, utama dan mulia lagi berbakti pada kedua ibu bapa lebih- lebih lagi pada ibu kita.Bertepatan dengan perintah Allah dalam surah Al Ahqaf 46:(15-16)ayat ke 15 yang bermaksud,.Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibubapa nya, ibunya mengandungnya dengan susah payah,dan melahirkannya dengan susah payah pula Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya empat puluh tahun ia berdoa”Ya Tuhanku tunjukilah aku untuk mensyukuri ni`mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku.Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.Manakala ayat yang ke 16 pula Allah memberi berita gembira iaitu mereka itulah orang-orang yang kami terima dari mereka amal yang baik yang telah mereka kerjakan dan Kami ampuni kesalahan-kesalahan mereka, bersama penghuni-penghuni surga, sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka.”
Diabad kedua puluh ini pula sering kita dengar para remaja khususnya terjebak kekancah maksiat dan ditimpa bermacam-macam musibah dan masaalah dalam hidup mereka.Menghormati dan patuh pada nasihat ibu adalah pekara kecil dan sering mereka abaikan .Ihsan pada ibu bapa ialah meyesuaikan tingkahlaku kita dengan kehendak mereka selagi kehendak mereka itu bukan maksiat kepada Allah.Tidak malas melayaninya tidak mengangkat suara dihadapannya,tidak melihat mereka dengan menjeling.Keikhlasan kita mengenang budi beliau ialah dengan selalu menghubunginya, bertanya khabar, mencari ruang menziarahinya.Pamerkan kasih sayang pada ibu selagi beliau masih hidup dan mendoakannya setelah meninggal dunia dalam setiap solat kita.
Bagi saya yang telah kehilangan ibu sejak dua puluh tahun yang lalu masih terasa kasihsayangnya.Keayuan wajahnya yang lembut dan tenang sukar untuk dilupakan.Segala pengorbanannya,kesabarannya dalam membesarkan kami tiada tandingannya.Kesetiaannya menjaga amanah rumahtangganya serta membentuk keperibadian mulia dalam keluarga kami amat di kagumi dan dihargai. Semuga Allah mencucuri rahmat atasnya mengampuni segala dosanya, menerima segala amal solehnya dan menempatkannya kedalam surgamu bersama solafus soleh.
Islam memartabatkan kaum wanita dikedudukan yang mulia.Kunci surga terletak pada keredhaan ibu dimana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa pada kita.Malah ibu mesti dimuliakan dan diutamakan lebih tiga kali dari bapa.Fitrah dan naluri semua manusia mengakuinya.

2 comments:

Mama said...

Alhamdulillah, satu percubaan yang baik, istiqamah ...sabar nampaknya walaupun berjam jam didepan komputer. tak apa mula mula berjam jam nak siapkan satu artikel tetapi apabila dah selalu, within minutes dh boleh tulis lagi banyak artikel.perlu banyakkan menulis...
penulisan ini perlu diberikan paragraf supaya pembaca boleh bernafas....tidak membaca sekali lalu tanpa nafas...perlu semak semula agar ejaan dipelihara..

Hidayah said...

Saya pun dah baca tulisan puan Suraya. Bagus cerita tentang ibunya. Tetapi saya tak dapat ingat yang maan puan suraya.. sebab masa bengjkel saya tak sempat nak kenal semua peserta. Minta maaf banyak-banyak. Saya ucapkan tahniah atas kisah yang bagus itu. Jumpa lagi

Puan Hidayah
UiTM shah Alam