Sunday, February 11, 2007

Biodata Dan Memori Bersama Ibu.1

Selepas published homework yang kak endok beri setelah berjam-jam di depan computer sementara menanti kak noriah tolong scan dan email padaku gambar ibu.Aku menerawang mengenang segala memori indah ketika bersama ibu dahulu.Malam tadi sebelum melelapkan mata kenangan bersama ibu terus bermain-main dibenakku diselang seli dengan zikir-zikir sebelum tidur.Kembali dari menghantar anak kesekolah terusku catatkan apa yang bermain dikepala malam tadi.
Disini aku paparkan biodata serta sedikit latarbelakang ibu yang disayangi oleh
suami,anak-anak serta cucu-cucunya hingga kehari ini.
-Nam
Hajjah Hasnah binti Abdul Manaf

Tarikh lahir- Mac1938 di Kuala Perlis

Ayahnya- Abdul Manaf – seorang pendakwah perintis Gerakan fahaman Sunnah di Perlis sekitar tahun 40an.Berasal dari Kerinci Sumatera Indonesia.Menurut cerita tok beliau lari kesemenanjung kerana diburu oleh pemerintah Belanda kerana menentang penjajah Belanda.Merantau hingga ke Perlis menumpang rumah ayah tok ketika itu seorang imam.Beliau mula mengajar anak-anak di kampung tok mengaji di masjid .Tok adalah seorang dari anak muridnya.Akhirnya mereka di jodohkan ketika tok berusia 14 tahun dan dikurniakan 3 orang anak.Tok wan ku ini meninggal ketika berusia 40 tahun ketika ibu berusia 5 tahun.Menurut ibu dia selalu ikut tok wan mengajar dimasjid dan surau hingga larut malam baru pulang.Selain itu tok wan juga rajin menanam sayur-sayuran dikeliling rumah dan dibawa kepasar untuk dijual.

Adik-Beradik- 2 perempuan 1 lelaki.1.Almarhumah Khadijah 2.Almarhumah Hjjh Hasnah 3.Allahyaham Abdul Karim .

Ibunya-Hjjh Haliah berasal dari Perlis juga telah kembali kerahmatullah.Seorang Pesawah.Berkahwin lain sebagai isteri ke 2 dengan seorang berpengaruh di kampungnya

Kembali kerahmatullah- September 1992 ketika berusia 62 tahun di Kluang Johor kerana penyakit asma dan beliau ada darah tinggi.

Pendidikan- Sekolah Menengah Arab Alawiyah Arau Perlis.

Berkahwin- ketika berumur 18 tahun

Suami- Jaafar bin Ismail –Lahir 1938 -73tahun
Rasanya setakat ini saja kisah ibu yang dapat diceritakan bersambung dilain ketika.

HARI IBU


Menyambut hari tertentu bagi menzahirkan tanda ingatan dan kasihsayang pada seseorang sudah menjadi budaya bagi masyarakat di negara kita.Begitu juga dengan Hari Ibu yang disambut pada bulan Mei saban tahun.Kehidupan dan kemewahan hidup yang dikecapi dibumi bertuah ini membuatkan perayaan ini disambut dengan lebih meriah serta pelbagai cara.Memberi kad ucapan dengan hadiah berharga,makan seisi keluarga direstoran atau hotel mewah.Membawa ibu pergi melancung dan mengadakan kenduri doa selamat,juga merupakan cara mereka menghargai dan mempamerkan rasa syukur anak cucu.Menyedari akan suasana ini membuatkan premis perniagaan dan restoran- restoran dibandar besar maupun hotel mewah menawarkan harga rendah dan pakej potongan harga untuk hadiah atau makan bersama ibu di premis perniagaan dan penginapan mereka.
Namun begitu adakah sekadar itu dan setahun sekali saja kita merai dan memuliakan ibu kita?Seribu satu kisah dari dahulu hingga kini boleh kita jadikan teladan umpamanya kisah si Malim Kundang ,Kisah Batu Belah Bertangkup yang menjadi mitos dan bahan cerita orang tua-tua dahulu kala.Dizaman Rasulullah s.a.w berlaku dimana seorang sahabat Jahimah ingin turut rasulullah pergi berperang, dalam masa yang sama beliau harus menjaga ibu yang sedang sakit.Rasulullah menasihati beliau agar terus menjaga ibu beliaudan dikecualikan dari berperang.MasyaAllah! betapa mulianya berjihad dijalan Allah, utama dan mulia lagi berbakti pada kedua ibu bapa lebih- lebih lagi pada ibu kita.Bertepatan dengan perintah Allah dalam surah Al Ahqaf 46:(15-16)ayat ke 15 yang bermaksud,.Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibubapa nya, ibunya mengandungnya dengan susah payah,dan melahirkannya dengan susah payah pula Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya empat puluh tahun ia berdoa”Ya Tuhanku tunjukilah aku untuk mensyukuri ni`mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku.Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.Manakala ayat yang ke 16 pula Allah memberi berita gembira iaitu mereka itulah orang-orang yang kami terima dari mereka amal yang baik yang telah mereka kerjakan dan Kami ampuni kesalahan-kesalahan mereka, bersama penghuni-penghuni surga, sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka.”
Diabad kedua puluh ini pula sering kita dengar para remaja khususnya terjebak kekancah maksiat dan ditimpa bermacam-macam musibah dan masaalah dalam hidup mereka.Menghormati dan patuh pada nasihat ibu adalah pekara kecil dan sering mereka abaikan .Ihsan pada ibu bapa ialah meyesuaikan tingkahlaku kita dengan kehendak mereka selagi kehendak mereka itu bukan maksiat kepada Allah.Tidak malas melayaninya tidak mengangkat suara dihadapannya,tidak melihat mereka dengan menjeling.Keikhlasan kita mengenang budi beliau ialah dengan selalu menghubunginya, bertanya khabar, mencari ruang menziarahinya.Pamerkan kasih sayang pada ibu selagi beliau masih hidup dan mendoakannya setelah meninggal dunia dalam setiap solat kita.
Bagi saya yang telah kehilangan ibu sejak dua puluh tahun yang lalu masih terasa kasihsayangnya.Keayuan wajahnya yang lembut dan tenang sukar untuk dilupakan.Segala pengorbanannya,kesabarannya dalam membesarkan kami tiada tandingannya.Kesetiaannya menjaga amanah rumahtangganya serta membentuk keperibadian mulia dalam keluarga kami amat di kagumi dan dihargai. Semuga Allah mencucuri rahmat atasnya mengampuni segala dosanya, menerima segala amal solehnya dan menempatkannya kedalam surgamu bersama solafus soleh.
Islam memartabatkan kaum wanita dikedudukan yang mulia.Kunci surga terletak pada keredhaan ibu dimana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa pada kita.Malah ibu mesti dimuliakan dan diutamakan lebih tiga kali dari bapa.Fitrah dan naluri semua manusia mengakuinya.

Friday, February 9, 2007

Belajar Menulis Memang Best.....

Assalamualaikum,
Alhamdulillah wanita Jim Gombak telah dapat menunaikan amanah yang diberi bagi menganjurkan Bengkel Penulisan Rencana pada 3 dan 4hb Februari lepas .20 orang peserta menyertai bengkel ini pada hari pertama namun pada hari kedua berkurangan ke 15 orang mungkin ada urusan peribadi atau jemaah perlu di hadiri.Beberapa daerah menghantar wakil mereka termasuk beberapa orang pelajar IPT. Kehadiran ketua wanita Dr.Ruziaton sebagai peserta bersama Azizah setiausaha dan Noursilawati ajk wanita Jim negeri menandakan sokongan dan pendorong semangat kepada kami didaerah untuk terus mengorak langkah kedepan.InsyaAllah.
Penceramah pertama Cik Roha Hassan banyak memberi motivasi dan menceritakan pengalaman pertama serta usaha dan azam beliau untuk menceburi bidang penulisan.Beberapa tips untuk menjadi penulis berkesan telah disampaikan.Ada yang sudi menurunkan tips-tips itu untuk dikongsi bersama …….?
Seterusnya puan Ir. Endok menyampaikan slot kedua dengan tajuk “Mencari Mutiara Terpendam”-keistimewaan dan nilaian darjat seorang penulis serta menukar pemikiran nagetif penghalang kepada kejayaan dibidang penulisan .Seterusnya kak Endok perturunkan tip-tip penulisan persuasif yang begitu bernilai, untuk mengetahuinya anjurkan Bengkel Penulisan ditempat anda!.Kemudian kami diajar menggunakan kaedah ‘mind mapping’yang di perkenalkan oleh Tony Buzan merupakan salah satu teknik berfikir tidak linear sebagai teknik penulisan yang baik.
Keesokan harinya pula kami diajar membuat blog sendiridan menulis didalamnya.Blog ini boleh dibuat sebagai diari dan tempat untuk berlatih, mengasah idea dan bakat menulis.Kami bergambar beramai-ramai untuk dimuatkan kedalam kelasblogger yang dibuat oleh xifu kami.Xifu menyarankan kami semua menjadi Kelab Penulis Islah. Keseronokan menulis tanpa disedari masa bengkel hampir tamat.Kami akhiri bengkel ini dengan penyampaian sijil penghargaan pada puan penceramah dan sijil penyertaan pada peserta.
Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih pada ketua wanita Jim Selangor sebagai penasihat program, penceramah cik Roha danIr.Endok Sempo,pihak Kolej Komuniti Banting yang menyumbang serta barisan ajk wanita Jim Gombak yg banyak membantu menyumbang idea, masa dan tenaga Dengan harapan bengkel ini dapat membuahkan dan memperbanyakkan lagi penulis berbakat disamping menyemarakkan penulis bercorak dakwah dikalangan ahli khususnya wanita Jim.
Mohon maaf dengan segala kekurangan dari kami dan saya mengalu-alukan komen dan cadangan dari semua pihak.Wallahua’lam

Wassalam,
Suraya Jaafar

Saturday, February 3, 2007

ILMU BERHARGA,PENGALAMAN BERMAKNA

Belajar menulis didalam blog ari ni dengan kak endok begitu menyeronokkan kami saling membantu antara satu sama lain maklumlah yang dah veteran ni.......lambat sikit memahami selok belok IT ni.Masa berlalu begitu pantas perut yang lapar tak terasa...... moga bengkel hari ini mampu membuahkan penulis berkesan dan dbimbing Allah. Amin.......

Kengkawan yang sama-sama belajar 14 orang semuanya

www.wanitabertuah.blogspot.com-kak nor
www.sekadarpendapat.blogspot.com
www.lotty-maknahidup.blogspot.com-shila
www.tenanghatiku.blogspot.com-k.ton
www.niatku.blogspot.com-
www.santunijiwa.blogspot.com-hamba
www.ibucerdik2007.blogspot.com
www.thechosenroad.blogspot.com
ww.sakeena-nur.blogspot.com
www.cheffhanim.blogspot.com-hanim
www.mawardesa07.blogspot.com-su
www.klasik-jati.blogspot.com-
www.geminigirl-greenblogger.blogspot.com
www.jk-fly2dsky.blogspot.com