Friday, February 9, 2007

Belajar Menulis Memang Best.....

Assalamualaikum,
Alhamdulillah wanita Jim Gombak telah dapat menunaikan amanah yang diberi bagi menganjurkan Bengkel Penulisan Rencana pada 3 dan 4hb Februari lepas .20 orang peserta menyertai bengkel ini pada hari pertama namun pada hari kedua berkurangan ke 15 orang mungkin ada urusan peribadi atau jemaah perlu di hadiri.Beberapa daerah menghantar wakil mereka termasuk beberapa orang pelajar IPT. Kehadiran ketua wanita Dr.Ruziaton sebagai peserta bersama Azizah setiausaha dan Noursilawati ajk wanita Jim negeri menandakan sokongan dan pendorong semangat kepada kami didaerah untuk terus mengorak langkah kedepan.InsyaAllah.
Penceramah pertama Cik Roha Hassan banyak memberi motivasi dan menceritakan pengalaman pertama serta usaha dan azam beliau untuk menceburi bidang penulisan.Beberapa tips untuk menjadi penulis berkesan telah disampaikan.Ada yang sudi menurunkan tips-tips itu untuk dikongsi bersama …….?
Seterusnya puan Ir. Endok menyampaikan slot kedua dengan tajuk “Mencari Mutiara Terpendam”-keistimewaan dan nilaian darjat seorang penulis serta menukar pemikiran nagetif penghalang kepada kejayaan dibidang penulisan .Seterusnya kak Endok perturunkan tip-tip penulisan persuasif yang begitu bernilai, untuk mengetahuinya anjurkan Bengkel Penulisan ditempat anda!.Kemudian kami diajar menggunakan kaedah ‘mind mapping’yang di perkenalkan oleh Tony Buzan merupakan salah satu teknik berfikir tidak linear sebagai teknik penulisan yang baik.
Keesokan harinya pula kami diajar membuat blog sendiridan menulis didalamnya.Blog ini boleh dibuat sebagai diari dan tempat untuk berlatih, mengasah idea dan bakat menulis.Kami bergambar beramai-ramai untuk dimuatkan kedalam kelasblogger yang dibuat oleh xifu kami.Xifu menyarankan kami semua menjadi Kelab Penulis Islah. Keseronokan menulis tanpa disedari masa bengkel hampir tamat.Kami akhiri bengkel ini dengan penyampaian sijil penghargaan pada puan penceramah dan sijil penyertaan pada peserta.
Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih pada ketua wanita Jim Selangor sebagai penasihat program, penceramah cik Roha danIr.Endok Sempo,pihak Kolej Komuniti Banting yang menyumbang serta barisan ajk wanita Jim Gombak yg banyak membantu menyumbang idea, masa dan tenaga Dengan harapan bengkel ini dapat membuahkan dan memperbanyakkan lagi penulis berbakat disamping menyemarakkan penulis bercorak dakwah dikalangan ahli khususnya wanita Jim.
Mohon maaf dengan segala kekurangan dari kami dan saya mengalu-alukan komen dan cadangan dari semua pihak.Wallahua’lam

Wassalam,
Suraya Jaafar

No comments: